Discount Card Promotion

Dari Dapur Lela ingin mengumumkan, kepada pelanggan-pelanggan yang membuat pembelian RM 150.00 dan ke atas, anda akan layak menerima E-Discount Card . Dengan E-Discount Card anda layak menerima discount sebanyak 10% untuk pembelian seterusnya.

E-Discount kan tidak boleh diguna pakai untuk sebarang promosi dan promosi kelayakan E-Discount Card akan berakhir pada penghujung March 2012 dimana selepas March pelanggan-pelanggan baru yang membuat pembelian RM 150.00 ke atas tidak lagi layak menerima E-Discount Card

Tahniah kepada pelanggan yang sudah pun menerima E-Discount Card. Anda boleh terus mengguna E-Discount Card ini untuk pembelian seterusnya.


Happy New Year 2012

Dari Dapur Lela ingin mengucapkan "Happy New Year 2012" kepada semua. Setelah sepi seketika dari dunia memasak, kini Dari Dapur Lela kembali lagi dengan warna yang baru. Tahun 2012, Dari Dapur Lela akan kembali aktif mengambil tempahan dari semua. Sekongan dari semua amatlah dihargai.

Calendar

Wednesday, February 29, 2012

Tempahan dari Ms Emma - Mesiniaga Subang Jaya

Tempahan dari Ms Emma, Mesiniaga Subang Jaya.  50 pcs cream puff (custard vanilla filling) untuk dijadikan hidangan kuliah agama di Mesiniaga.

Friday, February 24, 2012

Surah Al-Waqi'ah


  http://quran.com/56

Lagi dan lagi.....Tempahan dari Puan Rahimah



Cream Puff - Chocolate Filling sebanyak 25 pcs.  Apam polkadot with (blueberry, strawberry and kaya filling) sebanyak 100 pcs.  Puan Rahimah ini one of my regular customer.  Terima kasih banyak-banyak atas sokongan nya. 

Wednesday, February 22, 2012

Delivery for Ms Shelly, MAFCA KL


Tempahan dari Ms Shelly, MAFCA, KL. 100 pcs blueberry cheese tart and 100 strawberry cheese tart.

Saturday, February 18, 2012

SDAR Open Day 2012




Dari Dapur Lela menyediakan 100 pcs blueberry cheese tart, dan 100 pcs lollichoc (untuk lollichoc gambar tak sempat ambil) untuk dijadikan jualan semperna SDAR (Sek Dato' Abdul Razak) Open Day 2012.  Ini juga atas permintaan anak sulung saya yang bersekolah disana dan dia lah yang menjadi penjualnya.  Alhamdulillah, sambutan menggalakkan dan semuanya habis dijual.

Friday, February 17, 2012

Tempahan dari Puan Suriani Hanem





Tempahan dari Puan Suriani Hanem dari Subang Alam, Shah Alam.  50 pcs Cream Puff (vanilla custard filling) dan 100 biji Apam Polkadot (blueberry, strawberry & kaya filling)

Wednesday, February 15, 2012

Cream Puff Chocolate Filling


Tempahan dari Puan Rahimah, Subang Jaya @ 25pcs / box.  Kali ini Puan Rahimah memilih chocolate filling untuk cream puff yang di tempah.  Terima Kasih

Monday, February 13, 2012

Fruit Tart - Open for Order


RM 1.20 each, minimum order 25 pcs

Sunday, February 12, 2012

January Berlalu Sudah

Sedar tak sedar, bulan January 2012 telah pun meninggalkan kita.  Alhamdulillah, rezeki dari Allah, Dari Dapur Lela telah pun mencapai target yang ditetapkan pada bulan January ini.  Semoga Allah memperluaskan pintu rezeki dan seterusnya mencapai target untuk bulan seterusnya.

Untuk pelanggan-pelanggan Dari Dapur Lela, berbanyak-banyak terima kasih di ucapkan di atas sokongan dan dorongan yang diberikan.

Ucapan terima kasih yang terutamanya Dari Dapur Lela tujukan khas kepada En Hubby kerana telah banyak membantu, memberi nasihat dan sokongan yang tidak jemu-jemu.  Terima Kasih, Sayang. Dia jugalah yang menjadi Quality Officer untuk Dari Dapur Lela...hehehe

Cream Puff dan Cheese Tart Pilihan Hati




Tempahan dari one of my regular customer Ms. Raja Nor Fizah. Cream Puff Chocolate filling - 2 boxes, Blueberry Cheese - 1 box & Strawberry Cheese Tart - 1 box.  Katanya untuk dibawa ke Taman Melawati

Wednesday, February 8, 2012

Hidangan pertama untuk MINDEF*net Meeting


Tempahan dari MINDEF CPS untuk MINDEF*net meeting. Blueberry & Strawberry menjadi pililah sang wira.  Ini merupakan hidangan pertama Dari Dapur Lela untuk MINDEF*net meeting.  Alhamdulillah mudah-mudahan akan menjadi pilahan untuk meeting seterusnya.

Apam Polkadot & Cream Puff untuk puteri-puteri Puan Rahimah





Tempahan dari puteri-puteri Puan Rahimah.  Apam Polkadot mixed flavour (blueberry, strawberry & kaya) beserta cream puff (custard vanilla filling) menjadi pilihan hati.

Friday, February 3, 2012

Repeat Order Dari Puan Shahida, Putra Heights



Tempahan dari Puan Shahida, Putra Heights.  Blueberry Cheese Tart, 25 pcs/box.  Katanya nak bawak balik kampung. Maklumlah hujung minggu ni cuti panjang, Maulidurasul & Thaipusam.  Selamat menjamu selera dengan orang kampung ya.

Baraka Allah

Search This Blog